Creating Wealth - Use your EPF savings to generate Money

Tuesday, July 8, 2008

Travelogue Haji - Kursus Haji

Seperti yang saya cakap, sebaik saya hantar borang penerimaan tawaran menunaikan Haji, perjalanan Haji itu sudah bermula. Dalam perjalanan ini, kelengkapan yang paling penting sekali ialah ilmu. Alhamdulillah, terima kasih kepada TH Malaysia yang menyediakan banyak sesi-sesi ilmu untuk persiapan Haji. Kursus pertama yang semua bakal Haji perlu ikuti ialah kursus bersiri yang dijalankan di kebanyakan masji-masjid utama pada setiap hari ahad pagi. Saya mengikuti kursus bersiri saya di Masjid Rantau Panjang, Klang.

Sesi kursus ini yang bermula pukul 9 pagi berlangsung selama hampir 2 jam dan disambung selepas itu dengan kursus fardhu ain juga sebagai pelengkap untuk persiapan Haji. Aktiviti pagi hujung minggu saya dipenuhi dengan menghadiri kursus ini saban minggu. Disepanjang kursus ini juga, diselitkan pada minggu-minggu tertentu dengan ceramah kesihatan dan taklimat persiapan haji.

Selepas kurus bersiri ini, diadakan pula kurus teori dan praktikal peringkat daerah klang selama satu hari pada hari minggu. Kursus ini siap dengan ujian teori haji sebelum dan selepas.

Selepas kursus ini, terdapat pula kursus bersepadu peringkat negeri Selangor selama 2 hari yang diadakan di Masjid Negeri, Shah Alam. Kursus ini memerlukan kita bermalam di Masjid tersebut.


Travelogue Haji, Travelogue Hajj

No comments: