Creating Wealth - Use your EPF savings to generate Money

Tuesday, July 29, 2008

TNB Vs IPP

This article was published in TheStar on 6 June 2006. Just sharing it for the curious people about IPP.

Written by Jagdev Singh, TheStar Online

Apabila kerajaan membuat keputusan memperkenankan permintaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaikkan tarif elektrik, penderitaan penyedia utiliti kebangsaan itu telah mendapat perhatian umum. Sudah tentu para pengguna tidak senang hati dengan berita itu.
Kenaikan sebanyak 12% nampaknya telah mencetuskan perdebatan bagaimana Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) sedang berseronok sedangkan penyedia utiliti kebangsaan meringkuk dengan penderitaannya. Perbezaan antara bidang janakuasa dan pengagihan serta penghantaran telah menyenakkan TNB. Untuk memahami konsep penswastaan sektor pengeluaran tenaga, kita perlu menjenguk sejarah dan memahami bahawa IPP diwujudkan atas dasar kerajaan mahu menangani isu pembekalan tenaga yang stabil sejurus berlakunya gangguan bekalan elektrik ke seluruh negara pada 1992 yang sungguh terkenal itu.

Kita berhasil mengimbau perspektif sejarah isu IPP dengan pembabitan Pengerusi Eksekutif TNB ketika itu Tan Sri Ani Arope, yang mengepalai penyedia utiliti negara daripada 1990 hingga 1996. Semasa beliau memimpin TNB generasi pertama IPP telah diwujudkan. Jagdev Singh daripada The Star telah menemubual Tan Sri Ani.

STARBIZ: Apa yang terjadi selepas berlaku ‘blackout’ pada 1992?
Ani: TNB mempunyai rencana untuk mengeluarkan lebih banyak bahan tenaga elektrik dengan membina janakuasa di Pasir Gudang dan Paka. Kewangan tidak menjadi masalah kerana kita mempunyai martabat kredit yang begitu tinggi. Kita telah mendapatkan tanah dan sudah bersiap sedia untuk membina janakuasa itu.
Akan tetapi kami telah diberitahu oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) bahawa mereka mempunyai perancangan sendiri. Kami telah memberi ingatan kepada EPU, kalau janakuasa itu mahu dibina, ia memerlukan dua tahun untuk disiapkan. Jika tidak dibina segera Malaysia akan mengalami satu lagi bencana kegelapan ‘blackout’ besar. Apabila kita mempunyai khidmat tenaga 250 orang jurutera, tentulah tidak masuk akal bahawa kejadian ‘blackout’ itu adalah disebabkan perancangan yang tidak matang. Akan tetapi UPE (EPU) berkata ia sudah mempunyai rencana sendiri dan mahukan kami menyerahkan tanah tersebut.
Kemudian baru tersembul berita bahawa ia mahu menswastakan pembinaan janakuasa. Saya tidak pernah menolak penubuhan IPP (Pengeluar Tenaga Bebas) . Memang baik kalau kita mempunyai kumpulan lain memainkan peranan, tetapi ia harus dilaksanakan dengan saksama. Ia mesti berlaku adil kepada para pengguna, bukan sahaja TNB yang merupakan penyalurnya. Apabila harga tarif dinaikkan, TNB sudah menjadi budak belasahan. Sedangkan fokus harus tertumpu kepada para pengguna.
Apabila terlalu banyak kemudahan diberikan kepada IPP, semua rakan sejawatan saya di merata dunia telah bertanya, apa yang sudah jadi. Mereka berkata mereka ingin mendapat sedikit saham dalam IPP itu. Mereka berkata kontrak yang diberikan kepada IPP adalah “terlalu lumayan”. Terma perjanjian terlalu menguntungkan pihak IPP.

S: Bagaimanakah model IPP Malaysia diwujudkan?
Anda tanyalah bekas Perdana Menteri kita..

S: Bagaimanakah proses perundingan dengan IPP dilaksanakan?
Mana ada perundingan. Tidak ada perundingan langsung. Sepatutnya TNB berunding dengan IPP. Sebaliknya TNB terpaksa berunding dengan EPU. Kami kerap diperlekeh, diaibkan dan dileter setiap kali kami berada di sana. Selepas itu pasukan saya naik tertekan dan kecewa. EPU hanya berikan terma ataupun syarat dan meminta kami bersetuju sahaja. Saya jawab tak payahlah…. dan enggan bersetuju.

S: Bagaimana dengan sebutharga dan terma (syarat) kontrak?
Semua itu sudah diatur. Mereka kata inilah harganya, inilah caj kapasitinya dan untuk berapa lama. Mereka kata, sama ada diterima ataupun tidak. Saya enggan menandatangani kontrak. Kerana itu saya telah dipencenkan.

S: Kenapa anda tidak menyetujui terma itu?
Kontrak itu memang terlalu tidak adil. Pada kadar 16 sen sekiloWatt jam (kWj) dengan ugutan terima ataupun tidak, sebenarnya ia sudah menjadi 23 sen seunit. Ini termasuk kos pengagihan dan kos penghantaran. TNB perlu kenakan caj 30 sen seunit. Apabila dicampurkan dengan kos TNB, kosnya boleh turun sikit, tetapi dengan perbelanjaan kita, tetapi kita yang menanggungnya kerana kita mengeluarkan elektrik pada kadar 8 sen seunit. Kita boleh jual dengan kadar 17 sen seunit.
Kemudian mereka letak pula harga ‘capacity charge’. Tidak ada sesiapa yang menjana kuasa elektrik secara berlebihan seperti di Malaysia. Inilah yang membazir kerana tidak ada bateri yang dapat menyimpan tenaga. TNB hanya perlu simpanan antara 15% hingga 20%.

S: Kalau TNB mengeluarkan elektrik pada harga 8 sen seunit. Apakah harga yang patut untuk IPP menjual tenaga kepada TNB?
Dua belas sen kerana mereka tidak boleh potong harga TNB kerana semua aset TNB telah di ‘amortisekan’. Tetapi kalau ada kompeni baru, malahan termasuk kami juga yang cuba mengeluarkannya, untuk menepati kehendak faedah pinjaman bank dan membuat sedikit keuntungan, kos yang patut ialah 12 sen seunit.
Inilah yang telah kami beritahu kepada IPP. Mereka (IPP) bersetuju dengan kadar 12 sen seunit, tetapi EPU berkata selagi IPP tidak menaikkan harga tarifnya, kontrak itu tidak akan diberikan kepada mereka. Jadi IPP pun memperoleh kontrak itu dengan menaikkan kadar harga kepada14 sen seunit.
Kemudian ada harga yang disebut “cost pass-through”. Kalau harga bahan bakar naik, kos tinggi yang berbangkit, dialihkan kepada kita. Dengan kata lain, itulah harga yang akan dialihkan kepada pengguna.

S: Apakah terma yang mungkin anda setujui seandainya IPP mahu diwujudkan?
Biarkanlah ada pembeli bebas elektrik itu sebagai satu jalan, dan benarkan TNB masuk campur membuat bida untuk membina janakuasa itu. Biarkan orang lain turut serta. Dapatkan komisen untuk memenuhi keperluan kita dan TNB boleh menjadi salah satu pengeluarnya.

S: Ada pihak yang berpendapat bahawa kontrak IPP terlalu lumayan tetapi terdapat IPP di negara lain di Afrika ataupun Asia yang menerima tawaran kontrak yang lebih lumayan?
Ada IPP yang mengenakan caj USD0.50 – 0.60 seunit tetapi mereka menggunakan diesel. Kalau kita bandingkan keadaan itu dengan yang ada pada kita, kita cubalah membandingkan oren dengan oren yang lain, barulah ia boleh dikatakan adil. Apa yang kita buat mesti adil.

S: Bagaimana anda terjejas oleh proses memberikan kontrak kepada IPP?
Saya rasa sakit. Perkara itu adalah salah dari segi moralnya dan tidak adil. Kalau pun ia sah di sisi undang-undang tetapi tidak adil, saya tidak akan melakukannya. Kalau pun ia adil dan tidak sah, saya tidak juga akan melakukannya. Segalanya mesti sah dan adil. Kita bertanggungjawab terhadap pengguna, kakitangan dan pemegang saham. Daripada aspek moral, TNB adalah bertanggungjawab kepada ketiga-tiga ini, tetapi para pengguna adalah yang diutamakan, kerana tanpa pengguna, TNB tidak akan wujud. Selepas itu barulah kakitangan kita dan para pemegang saham.
Bila saya kata begitu, apa yang mereka kata: “Dia ingat bapak dia punya”. Tugas yang saya pegang adalah satu amanah. Kalau anda diamanahkan tanggungjawab ini, anda perlu lakukan sebaik mungkin. Saya tidak mahu sesiapa menziarahi kubur saya untuk kencing di atasnya. Dalam budaya Melayu itu adalah seburuk-buruk cacian yang boleh menimpa oleh seseorang.

S: Apakah anda fikir anda telah melakukan perkara yang betul kerana tidak mahu menandatangani perjanjian itu?
Sudah tentu!!!!

S: Bagaimanakah sepatutnya kontrak dengan IPP diadakan?
Di Australia, mereka memanggil kumpulan IPP dan bertanya: “Apa harga anda?” Mereka membayar IPP yang memberikan harga yang terbaik. Apa yang patut mereka lakukan ialah melebarkan tawaran itu dan bertanya semua pihak apakah perkara yang baik. Untuk memberikan tawaran kepada mereka. Dalam kes kita, kontrak sudah pun siap dibuat dan kami diberitahu untuk menurunkan tandatangan.

S: Apa pandangan anda dengan perundingan yang sedang berjalan dengan IPP?
Ia mesti sah dan adil. Kalau kita rundingkan perkara itu secara tidak adil dan tidak sah, seluruh dunia akan memerhatikan kita dan mereka akan berkata: “Jangan bersetuju apa-apa dengan Malaysia kerana kalau perjanjian itu tidak sebulu dengan negara itu, kerajaan tidak akan menyetujuinya.”
Inilah yang perlu kita teliti.
Akan tetapi apa yang kita lakukan ialah dengan berkata apakah kita boleh turunkan ‘capacity charge’. Apa juga yang melebihi 15% ‘reserve margin’ kita akan buat bida.
Yang kedua, setakat ini semua IPP sudah pun mendapat pulangan modal pelaburan mereka membina janakuasa itu. Sekarang ini semuanya meraih keuntungan sahaja. Apakah kita tidak boleh turunkan sedikit lagi? Daripada kita membayar kepada satu dana khas, kenapa tidak dinaikkan (bayaran) untuk pembinaan pada masa depan? Dengan cara itu, kita dapat mengawal harga elektrik? Jika tidak, ia akan melonjak naik.

S: Pada pendapat anda siapa yang patut terlibat dengan perundingan? Pengguna harus berada di situ. Pada saya mesti ada satu badan yang bebas. Kemudian, anda libatkan TNB

Thursday, July 24, 2008

Syarat-syarat Pengeluaran duit KWSP

Pasal pelaburan dalam KWSP.

Syarat-syarat Pengeluaran duit KWSP

Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun I, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun I.

Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri.

Pengeluaran pelaburan boleh dibuat dalam jangka masa tiga bulan daripada tarikh pemindahan terakhir, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun I.


Contoh Pengiraan Amaun Yang Boleh Dikeluarkan


Contoh 1: Pengeluaran Untuk Kali Pertama


Kes 1 (RM)

Kes 2 (RM)

Baki simpanan Akaun 1

60,000.00

34,000.00

Umur Anda4035
Jumlah Simpanan Asas perlu ada (rujuk jadual last sekali, amaun ini mengikut umur)
44,00029,000

Amaun simpanan melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 (Y)

20% x (Y)


= 3,200.00


(60,000.00 - 44,000.00)
= 16,000.00



(34,000.00 - 29,000.00)
= 5,000.00

= 1,000.00

Amaun minimum boleh dilaburkan

1,000.00

1,000.00

Amaun maksimum boleh dilaburkan dalam Unit Trust

3,200.00

1,000.00

Jumlah pelaburan sebenar anda

3,200.00

1,000.00

Baki simpanan Akaun I anda selepas pengeluaran pelaburan

(60,000.00 - 3,200.00)
= 56,800.00

(34,000.00 - 1,000.00)
= 33,000.00


Contoh 2: Pengeluaran Untuk Kali Kedua (Selepas Tempoh Tiga Bulan)


Sekiranya tiada caruman baru dimasukkan ke dalam akaun ahli sepanjang tempoh tiga bulan dan ahli telah menggunakan sepenuhnya amaun yang boleh dilaburkan seperti di atas, pengiraan untuk pengeluaran kali kedua adalah seperti berikut:




Kes 1 (RM)

Kes 2 (RM)

Baki simpanan Akaun 1

56,800.00

32,800.00

Umur Anda4035
Jumlah Simpanan Asas perlu ada44,00029,000

Amaun simpanan melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 (Y)

20% x (Y)


= 2,560.00

(56,800.00 - 44,000.00)
= 12,800.00


(32,800.00 - 29,000.00)
= 3,800.00

= 760.00

Amaun minimum boleh dilaburkan

1,000.00

Tiada

Amaun maksimum boleh dilaburkan

2,560.00

Tidak layak membuat pengeluaran pelaburan kerana baki minimum di dalam Akaun 1 tidak melebihi RM5,000 dari amaun Simpanan Asas yang diperlukan.

Jumlah pelaburan sebenar anda

2,560.00

Tiada

Baki simpanan Akaun 1 anda selepas pengeluaran pelaburan

(56,800.00 - 2,560.00)
= 54,240.00

(32,800.00 - 0.00)
= 32,800.00

mur (Tahun)

Simpanan Asas
(RM)

Umur (Tahun)

Simpanan Asas
(RM)

18

1,000

37

34,000

19

2,000

38

37,000

20

3,000

39

41,000

21

4,000

40

44,000

22

5,000

41

48,000

23

7,000

42

51,000

24

8,000

43

55,000

25

9,000

44

59,000

26

11,000

45

64,000

27

12,000

46

68,000

28

14,000

47

73,000

29

16,000

48

78,000

30

18,000

49

84,000

31

20,000

50

90,000

32

22,000

51

96,000

33

24,000

52

102,000

34

26,000

53

109,000

35

29,000

54

116,000

36

32,000

55

120,000


Wednesday, July 23, 2008

Cerekarama TNB, Part 2: TNB nak anda berjimat elektrik!!!

Ha....tak ke pening! Bayangkan...saya jual karipap...pastu saya bagitau kat semua kurangkan makan karipap. Penin..penin...mmg penin. Jap...bagi saya tarik nafas panjang dulu..nak explain ni cerita dia panjang, yang pasti akan ada pasal cerita RESERVE MARGIN! Topik hangat dipasaran sekarang.

1. Sebelum cerita reserve margin, biar saya explain pasal bapak reserve margin iaitu maximum demand. Maximum demand adalah demand paling tinggi dalam tempoh setahun utk electricity. Ianya akan berlaku pada satu hari maybe utk tempoh masa yang singkat.

Rujuk kepada graf diatas. 13,620MW adalah maximum demand utk semenanjung Malaysia tahun 2007.

2. Installed capacity, adalah jumlah MW yang dapat dijana oleh keseluruhan Power Station yang terpasang.

3. Reserve margin adalah peratusan MW yang perlu ada lebih daripada maximum demand .
Contoh daripada maximum demand diatas, dengan reserve margin 40% maka jumlah MW yang perlu terpasang adalah 19,068MW. 19,068MW inilah yang dipanggil installed capacity.

4. Apa tujuan reserve margin? Reserve margin diadakan bertujuan untuk mengadakan pada satu2 masa kebolehan penajaanaan yang senantiasa melebihi daripada permintaan. Kalau ada satu-satu power station yang ada masalah maka kita masih ada banyak lagi power station yang standby yang boleh backup. Tapi perlukah sampai 40%? Kenapa rugi simpan standby sampai 40%. Seperti yang umum tahu, setengah2 IPP walaupun mereka berada dlm keadaan standby, tak jalan langsungpun ...TNB masih terpaksa membuat bayaran penuh sebagaimana kalau mereka beroperasi menjana elektrik.

5. apabila kita kurangkan reserve margin maka kita akan dapat kurangkan bayaran2 yang perlu dibuat kepada IPP terutamanya dan lebih2 lagi kita akan dapat kurangkan modal pusingan utk TNB membina power station baru. Satu power station baru memerlukan modal yang begitu tingi sekali dan sering kali pinjaman perlu dibuat daripada luar negara yang seterunya mendedahkan kita kepada kerugian tukaran matawang. Bayangkan kita buat pinjaman 1000USD semasa 1USD bersamaan dengan RM2.80 dan tiba-tiba dolar naik sampai ke RM3.80 satu dolar. Tak semena-mena hutang kita yg bertambah sebanyak RM1000.

6. Oleh kerana maximum demand akan hanya berlaku sekali dalam masa 1 tahun dan reserve margin kena mengambilkira maximum demand maka sebab itulah TNB sendiri mengalakkan penjimatan elektrik. Kalau kita jimat elektrik, kita dapat kurangka maximum demand dan sekaligus TNB takperlu bina power station baru dalam masa terdekat. Maximum demand tak menjadi kayu ukur yang baik utk manage the supply demand punya concern.
Jadual diatas saya ambil daripada RMK9 chapter 19.
Dalam RMK9, kerajaan sebenarnya dah umum utk kurangkan reserve margin kita kepada tahap 20%. Pengurangan ini akan berlaku bukan dengan menggurangkan IPP yang sedia ada tetapi dengan tidak meluluskan sebarang IPP baru. Kerajaan berharap, dengan meningkatnya maximum demand dari tahun ketahun, maka secara automatik reserve margin kita dapat dikurangkan kepada 20%. (rujuk RMK9, subpara 19.35)

Apa yang sedih ialah damage has already been done. Rakyat dah pun menangung kesan IPP ini dimana kita dah pun membayar bil elektrik yang tinggi disebabkan impak tersebut.

All the opinions and or statements given is my sole personnel view only. Im not representing in any way as a spoke person of TNB. I shall not be liable for any misconception or misleading for info in this article.

Monday, July 21, 2008

The market is always wrong

From The Star.

It exists to serve and not to instruct, it will not tell you whether you are right or not
>

http://biz.thestar.com.my/archives/2008/7/16/business/ooikokhwapersonalinest.JPG

The rippling effect of the US subprime issue, coupled with the fear of high oil prices and political uncertainties have sent a lot of stocks tumbling to very low levels recently.

At the start of this year, when the market was touching a new high of 1,500 points, some fund managers predicted the market might go even higher.

However, following the recent market crashes, the KL Composite Index fell to about 1,150 points, a drop of 350 points within six months. Now, certain fund managers have started to predict the market dropping below 1,000points in the near future.

Most retailers cannot comprehend how fund managers can change their market forecast by 500 points within a six-month period. The main reason for this is the change in market perception.

Due to the impact of the issues mentioned above and the tumbling stock prices, the fear of weak corporate performance has caused some company owners’ to hold back on expansion programmes. This has resulted in weaker corporate results and panic selling on the stock.

According to George Soros, this phenomenon can be explained by the “reflexive process”, - the feedback loop where a change in stock prices causes a change in company fundamentals, which, in turn, justifies a further drop in stock prices.

He said perceptions change facts; and facts change perceptions. Hence, the drop in stock prices can cause further drop in the company’s stock prices.

According to Phillip Fisher, market prices are determined more by perceptions than facts. Besides, analysts like to place more weight on the short-term performance of a company rather than focus on its long-term prospects.

As a result, when the overall market is coming down, analysts like to lower the target-selling price of a company and increase the target-selling price when the overall market is trending higher.

Risk means uncertainty of outcome. The stock market reacts negatively to risk. Whenever the stock market has a lot of uncertainties, all stocks - regardless of whether they are good or poor fundamental stocks - will be hammered down.

However, we always believe crisis means opportunities. The recent drop in market prices creates magnificent investment opportunities. Even though the market may drop further as there are still a lot of uncertainties and outstanding negative news pending announcement, we believe there is great opportunity for long-term investment.

http://biz.thestar.com.my/archives/2008/7/16/business/p8-wrongch.JPG

Warren Buffett believes that the stock market is manic-depressive: it always overreacts to positive as well as negative news. If the overall market sentiment is good, the stock price may surge sky high. However, if the market sentiment is depressive, the stock price may plunge to insanely cheap.

That is why Buffett said: “The market is there to serve you and not to instruct you. It is not telling you whether you are right or wrong. The business results will determine that.”

Hence, the key factor is to purchase the right business at the right.

We believe a lot of investors know which good quality stocks to hold for the long-term. However, they always complain these stocks are too expensive most times. As a result of the recent market crashes, some of these stocks have dropped to quite attractive levels.

Even though they may get even cheaper if the overall market drops further, we need to prepare ourselves by understanding the intrinsic value of the stocks and at what price we will start to accumulate them.

According to Nassim Nicholas Taleb in his book entitled The Black Swan, we should stop trying to predict anything and instead take advantage of uncertainty.

A lot of investors or analysts may spend a lot of time trying to predict the market bottom. We should not try to predict when the market will reach its bottom as we will never know until it happens.

The key thing is to focus on is whether we have already identified which good quality stocks to invest in when the market is getting nearer to the bottom. Instead of trying to catch the stock at the lowest point, we hold the principle that we would be happy if we are able to catch those stocks 20% from the low.

· Ooi Kok Hwa is an investment adviser and managing partner of MRR Consulting.

Public Ittikal Fund

Nak share satu ceramah yang saya dengar baru-baru ini yang disampaikan oleh Dr Danial. Beliau menasihatkan pendengar supaya lebihkan melabur dalam keadaan kegawatan seperti sekarang ini. Beliau personally ada mention pasal Public Ittikal Fund. Beliau bagitau yang pada tahun lepas sahaja jumlah pulangan yang beliau sendiri dapat adalah hampir 70%

Public Ittikal fund ini ada menyediakan perlindungan Takaful percuma Group Term Life with total & permenant Disability serta Group Personal Accident. Perlindungan yang diberi adalah sebanyak RM1 utk setiap unit yang dimiliki.

Public Ittikal fund adalah fund yang mendapat penilaian oleh Lipper Leaders seperti dibawah:
Pulangan konsisten : 5
Pemeliharaan : 5
Jumlah Pulangan : 5

Skala adalah daripada 1-5 dimana 5 adalah yang tertinggi.

Memenangi anugerah The Edge-Lipper utk kategori 3 dan 5 tahun Dana Ekuti Islam Malaysia yang Terbaik.
Memenangi anugerah The Star/Standard & Poor's utk kategori 3 & 5 tahun Sektor Islam/ Syariah

Jumlah Pulangan dana ini utk tempoh 10tahun adalah sebanyak 313.34%.

Public Mutual ijuga dinamakan Best Islamic Fund Manager in Asia by Failaka Advisors, Dubai. This is the second consecutive year Public Mutual has won the award. With this award, Public Mutual has garnered more than 100 major awards since 1999, retaining our position as the most awarded unit trust fund manager in Malaysia.

Fund ini diklasifikasikan sebagai berisiko sederhana dimana 88% daripada jumlah dana dilaburkan dalam ekuiti (saham) dan baki dalam instrument pasaran wang dan lain2.

Berikutan kejatuhan pasaran, Public Ittikal diniagakan sekitar RM.085. Ini adalah peluang utk kita beli fund ini yang mana InsyaAllah bila pasaran mula naik, kita akan dapat gain capital appreciation yang begitu tinggi. Namun kesabaran adalah perkara yang paling utama.

Maklumat tambahan :
Pelaburan dalam unit trust juga boleh dilakukan menggunakan simpanan KWSP. Memandangkan pelaburan unit trust adalah utk tempoh medium to long term maka pelaburan menggunakan KWSP adalah antara kaedah yang baik utk melabur selain daripada cash. Duit KWSP hanya boleh mula dikeluarkan apabila kita berumur 50tahun dan keatas. oleh yang demikian jika kita melabur sebahagian duit itu maka kita dapat mengandakan simpanan hari tua kita.

Sunday, July 20, 2008

Cerekarama TNB

The below stated article was emailed to me by a good friend of me who got this article from a friend of him. The original author has yet to be established. But i should congratulate the author for his astonishing vision of having a dam as big as 3 Gorgeous dam in China here in Malaysia as he had mentioned of our dam capacity been able to supply not only the whole of Malaysia but even Singapore & Thailand. I will give comments for his story below part by part so that i can answer all of his information. My explanation will be in green. (Go Green, dunno y after 9th mar, everybody seems to like green more than the dark blue)


Sebuah artikel dari seorang kenalan.

TNB berura-ura dan tidak mustahil nak ambil kesempatan sempena menyambut kenaikan harga minyak.mereka pun mencari akal nak naikkan takrif letrik berdasarkan harga minyak...memang agak malang kita sebagai pengguna@rakyat dibebankan dengan bermacam2 benda. Minyak dan segala barangan boleh diumpamakan sepucuk JALA...jika pucuk jala (minyak) ditarik keatas@atau dinaikkan... maka segala lobang-lobang benang yg banyak...termasuk batu-batunya sekali akan ikut pucuknya naik...
Sekarang kita nak tengok telatah TNB pula...dan Setiap kali minyak naik maka keluarlah musang-musang kat kaca TV berbunyi TNB tak mampu menanggung beban kenaikan harga minyak untuk menjalankan operasi JANALETRIK sebab kos tinggi. Tahukah anda apa yang TNB tipu kita..? Dulu...LEMBAGA LETRIK NEGARA diswastakan menjadi...Tenaga Nasional Berhad selepas semua EMPANGAN AIR siap dibina dengan duit rakyat kemudian diswastakan.

Empangan yang besar :
1.
Empangan Pedu - Kedah
2.
Empangan Temenggor - Perak
3.
Empangan Kenyir - Terengganu

Empangan kecil ada lagi tetapi tak perlu masuk senarai kita bongkar yang besar-besar ini dulu...terutama Empangan Temenggor dan Empangan Kenyir...

TNB diswastakan..betul tapi kemudian TNB di corporatkan...maksudnya...TNB bukan dimiliki oleh orang tertentu...it is a Public Listed Company. Nak tahu sapa 10 biggest share holders?

1

Khazanah Nasional Berhad

1,631,574,464

37.66

2

Employees Provident Fund Board

418,598,311

9.66

3

Amanah Raya Nominees (Tempatan) Sdn Bhd
Skim Amanah Saham Bumiputera

345,050,600

7.96

4

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

140,985,400

3.25

5

Lembaga Tabung Haji

111,388,575

2.57

6

Cartaban Nominees (Asing) Sdn Bhd
SSBT Fund NB37 For Janus Contrarian Fund

96,745,100

2.23

7

Amanah Raya Nominees (Tempatan) Sdn Bhd
Amanah Saham Wawasan 2020

61,404,800

1.42

8

Amanah Raya Nominees (Tempatan) Sdn Bhd
Amanah Saham Malaysia

52,525,600

1.21

9

HSBC Nominees (Asing) Sdn Bhd
TNTC For Saudi Arabian Monetary Agency

48,682,800

1.12

10

Valuecap Sdn Bhd

37,861,100

0.87

Maksudnya..walaupun kerajaan bina & bagi kat TNB...TNB punya saham yang terbesar dipegang oleh Kerjaan melalui Khazanah. In a way...masih Kerajaan punya.

The pie chart below demonstrates TNB installed capacity according to fuel type & also IPPs.

Setiap empangan ini ada sekurang-kurangnya 3 buah (unit) TURBIN untuk menjana letrik menggunakan air tanpa menggunakan setitik pun minyak,diesel @ seketul pun arang batu.Tujuan asal pembinaan Empangan2 ini adalah untuk menakung air minuman dan yang lebih mustahaknya untuk menjana elektrik...berapa peruntukan telah terbenam disana?

Jawapan saya kenapa 1 turbin je jalan, dan 2 tarbin tidak dibenarkan jalan! Tak pernah tahu pun ada any restriction for wat so ever. Yang saya tahu hydro generation bergantung kepada ketinggian takungan air. TNB tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan air keluar dan pada masa yang sama takboleh berhenti dari melepaskan air. There are downstream industry yang bergantung kepada air dari dam-dam tersebut. Pie chart atas dah membuktikan bahawa keupayaan penjanaan Hidro adalah terhad sahaja. (lebih kurang 9.7% daripada keupayaan penjanaan keseluruhan Malaysia)

Persoalannya ialah...

Kenapa pemimpin ular sawa ini menghalang dari menguatkuasakan penjanaan turbin2 itu...hanya dibenarkan 1 buah turbin di Kenyir dan mungkin satu lagi di Temenggor.Kenapa turbin yang lain di tidurkan sekian lama?

Sebab....

Orang politik nak bisnes nak cari duit senang...jika semua turbin di dua empangan tersebut dijalankan kerajaan tiada alasan untuk menaikkan takrif eletrik kerana penjanaan didua empangan tersebut mampu supply eletrik seluruh semenanjung, singapura dan sebahagian Thailand dengan harga yang amat murah.

Seperti yang saya cakap dalam intro dan juga bukti daripada pie chart diatas, keupayaan hidro takkan mampu untuk supply demand electricity even utk seluruh semenanjung sekalipun. Maximum demand electricity di semenanjung utk tahun 2007 ialah 13,620MW walhal kalau semua hidro jalan pun jumlah keupayaan yang mampu dijana hanya kurang dari 2,000MW.

Oleh kerana orang politik nak bisnes...mereka STOP sebahagian besar operasi turbin (yang memang murah harganya untuk rakyat) dan mencari akal serta menwujudkan jana letrik swasta yang banyak dibina ditepi laut seperti yang anda sedia maklum stesen janakuasa tersebut semuanya menggunakan minyak diesel dan arang batu.Yang sedih nya kerajaan dipaksa sign kontrak mesti membeli letrik dari stesen-stesen politik ini dan kongkong operasi turbin empangan.Operasi stesen-stesen itu sahaja yang selalu diwar-warkan. .dan diperbesar-besarkan dalam TV/media mengatakan kos operasi letrik tinggi dan bermacam-macam lagi akibat kenaikan harga minyak dan arang batu. APA SUDAH JADI NI???Kenapa tak pernah tunjukkan kos operasi Turbin empangan yang menggunakan air itu..?Kesian rakyat Malaysia di perbodoh-bodohkan oleh pemimpin-pemimpin ular sawa .

NGO dan pembangkang hendaklah segera buat kajian terperinci tentang kemampuan janakuasa empangan2 tersebut dan bangkitkan diPARLIMEN kenapa yang murah,di tahan...yang mahal dipaksa rakyat bayar? Perkara ini sudah lama berlaku.Kini masanya di bongkar.Mengapa Janakuasa swasta ini wujud dengan banyak siapa disebalik stesen2 tersebut dan kenapa mereka memaksa kerajaan sign kontrak membeli letrik dari stesen swasta tersebut.

(Jika disoal mereka dah siap jawapan...untuk support jika janaletrik empangan rosak)sebenarnya mereka nak bisnes


Jika nak bisnes...... ..ok tiada masalah generate power jual sendiri lawan harga letrik empangan. Macam telefon memasing ujudkan Digi, Maxis, celcom dan lain-lain memasing melawan menawarkan line mereka murah rakyat puas hati memilih dan menikmati benda yang diswastakan. ....macam itu baru betul....kerajaan kenapa tidak suruh TNB dan Stesen tepi laut
tersebut lakukan macam line telefon itu???
Empangan Temenggor

Ada sumber letrik (empangan) harga yang murah untuk dinikmati rakyat tapi kenapa diarah Slow-Down operasinya.. ...dan MENGAPA? mengujudkan janaletrik swasta dan paksa rakyat membayar dengan harga setiap tahunsemakin tinggi??? Why..why..why. ..

Jika orang politik ular sawa nak bisnes carilah benda lain...jangan lah nak dapat duit dengan memulas perut rakyat??

Dari...keladi gatai...bukan sumer rakyat boleh ditipu!!!

Keupayaan hidro sahaja tak mampu utk memenuhi demand electricity dan belajar daripada krisis minyak sebelum ini, TNB memang telah berusaha utk diversify fuel source dia. Kalau dilihat daripada pie chart diatas tadi, selain hidro, TNB menggunakan coal(arang batu), gas asli dan sedikit minyak. Seperti yang ditimbulkan oleh penulis ini bahwa TNB mengambil kesempatan menaikkan tariff walhal TNB hanya sedikit sahaja menggunakan minyak adalah salah. TNB meminta tariff dinaikkan kerana:
Price of gas has increased by 123% from RM6.40 per mmBTU to RM14.31 per mmBTU, while coal price has risen by more than 170% since 2006. Gas and coal currently constitute 68% and 26% respectively of the total generation mix in Peninsular Malaysia. The increase in gas price from RM6.40 to RM14.31 will add to TNB's fuel cost by approximately RM4.2 billion per annum and the recent increase in coal prices which is currently at around USD130/MT will further add to TNB's fuel cost by RM1.4 billion in 2008.

Saya bukan nak menyokong atau menjustufukasikan kenaikan harga elektrik. Saya cuma nak menjawab fakta-fakta salah yang diberikan oleh penulis asal artikel ini. Semua rakyat Malaysia termasuk anggota kerja TNB sendiri terjejas diatas kenaikan harga minyak dan juga tariff elektrik, kecuali mereka yang mendapat kenaikan gaji 100%. :-)


As TNB is a public listed company, all the information given above was taken from TNBs website. All the opinions and or statements given is my sole personnel view only. Im not representing in any way as a spoke person for TNB.
I shall not be liable for any misconception or misleading of any info by the original author of this article. (the original article is in black writings)