Creating Wealth - Use your EPF savings to generate Money

Wednesday, July 23, 2008

Cerekarama TNB, Part 2: TNB nak anda berjimat elektrik!!!

Ha....tak ke pening! Bayangkan...saya jual karipap...pastu saya bagitau kat semua kurangkan makan karipap. Penin..penin...mmg penin. Jap...bagi saya tarik nafas panjang dulu..nak explain ni cerita dia panjang, yang pasti akan ada pasal cerita RESERVE MARGIN! Topik hangat dipasaran sekarang.

1. Sebelum cerita reserve margin, biar saya explain pasal bapak reserve margin iaitu maximum demand. Maximum demand adalah demand paling tinggi dalam tempoh setahun utk electricity. Ianya akan berlaku pada satu hari maybe utk tempoh masa yang singkat.

Rujuk kepada graf diatas. 13,620MW adalah maximum demand utk semenanjung Malaysia tahun 2007.

2. Installed capacity, adalah jumlah MW yang dapat dijana oleh keseluruhan Power Station yang terpasang.

3. Reserve margin adalah peratusan MW yang perlu ada lebih daripada maximum demand .
Contoh daripada maximum demand diatas, dengan reserve margin 40% maka jumlah MW yang perlu terpasang adalah 19,068MW. 19,068MW inilah yang dipanggil installed capacity.

4. Apa tujuan reserve margin? Reserve margin diadakan bertujuan untuk mengadakan pada satu2 masa kebolehan penajaanaan yang senantiasa melebihi daripada permintaan. Kalau ada satu-satu power station yang ada masalah maka kita masih ada banyak lagi power station yang standby yang boleh backup. Tapi perlukah sampai 40%? Kenapa rugi simpan standby sampai 40%. Seperti yang umum tahu, setengah2 IPP walaupun mereka berada dlm keadaan standby, tak jalan langsungpun ...TNB masih terpaksa membuat bayaran penuh sebagaimana kalau mereka beroperasi menjana elektrik.

5. apabila kita kurangkan reserve margin maka kita akan dapat kurangkan bayaran2 yang perlu dibuat kepada IPP terutamanya dan lebih2 lagi kita akan dapat kurangkan modal pusingan utk TNB membina power station baru. Satu power station baru memerlukan modal yang begitu tingi sekali dan sering kali pinjaman perlu dibuat daripada luar negara yang seterunya mendedahkan kita kepada kerugian tukaran matawang. Bayangkan kita buat pinjaman 1000USD semasa 1USD bersamaan dengan RM2.80 dan tiba-tiba dolar naik sampai ke RM3.80 satu dolar. Tak semena-mena hutang kita yg bertambah sebanyak RM1000.

6. Oleh kerana maximum demand akan hanya berlaku sekali dalam masa 1 tahun dan reserve margin kena mengambilkira maximum demand maka sebab itulah TNB sendiri mengalakkan penjimatan elektrik. Kalau kita jimat elektrik, kita dapat kurangka maximum demand dan sekaligus TNB takperlu bina power station baru dalam masa terdekat. Maximum demand tak menjadi kayu ukur yang baik utk manage the supply demand punya concern.
Jadual diatas saya ambil daripada RMK9 chapter 19.
Dalam RMK9, kerajaan sebenarnya dah umum utk kurangkan reserve margin kita kepada tahap 20%. Pengurangan ini akan berlaku bukan dengan menggurangkan IPP yang sedia ada tetapi dengan tidak meluluskan sebarang IPP baru. Kerajaan berharap, dengan meningkatnya maximum demand dari tahun ketahun, maka secara automatik reserve margin kita dapat dikurangkan kepada 20%. (rujuk RMK9, subpara 19.35)

Apa yang sedih ialah damage has already been done. Rakyat dah pun menangung kesan IPP ini dimana kita dah pun membayar bil elektrik yang tinggi disebabkan impak tersebut.

All the opinions and or statements given is my sole personnel view only. Im not representing in any way as a spoke person of TNB. I shall not be liable for any misconception or misleading for info in this article.

No comments: