Creating Wealth - Use your EPF savings to generate Money

Monday, December 28, 2009

1 Car 1 Fire Extinguisher

TANGKAK: “Tolong selamatkan saya, potong saja kaki saya, tolong keluarkan saya.” Begitu kata-kata terakhir seorang lelaki yang rentung bersama tiga anaknya selepas van mereka naiki terbalik sebelum terbakar dalam kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan di Jalan Muar-Tangkak di Parit Bunga di sini, malam kelmarin....baca berita penuh disini.

Sungguh sedih membaca berita ini, saya tak dapat bayangkan perasaan mereka yang terlibat untuk cuba menyelamatkan mangsa. Yang lebih menyedihkan lagi ketidakupayaan orang yang berada disitu untuk membantu memadamkan api.


Saya sendiri sering tertanya-tanya kenapa kereta yang terbakar tiada siapa yang mampu memadamkannya. Namun sekarang setelah saya sendiri mengikuti banyak kursus-kursus keselamatan dan terutamanya kursus memadam kebakaran saya faham kenapa usaha kita gagal. Jadi saya terpanggil untuk kongsi maklumat ini supaya ianya menjadi teladan kepada kita dan InsyaAllah moga ianya berguna untuk menyelamatkan nyawa orang.

1. Untuk kebakaran terjadi, ia memerlukan 3 elemen iaitu api (haba), udara (Oksigen) dan bahan mudah terbakar (combustible). Tanpa tiga2 elemen wujud sekali kebakaran tidak akan terjadi.Kalau petrol (bahan mudah terbakar) dan udara sahaja wujud kebakaran tidak akan terjadi, namun apabila elemen pelengkap iaitu api (dalam apa jua bentuk, eg. : percikan api) wujud maka kebakaran akan terjadi.
Sebab itulah kita dilarang hisap rokok/ menyalakan api distesen2 minyak dan untuk sebab yang sama juga kita tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit (H/p boleh hasilkan arka elektrik)


2. Untuk memadamkan kebakaran, kita hendaklah putuskan rantaian 3 elemen tadi. Ini boleh dilakukan dengan menghilankan satu / dua elemen dalam rangkaian kebakaran tersebut. Agen yang perlu kita gunakan untuk memadamkan api bergantung kepada jenis kebakaran. Kebanyakan kebakaran boleh dipadamkan menggunakan air namun ada setengah-setengah kebakaran lebih mudah dan selamat dipadamkan menggunkan agen pemadaman yang lain. Untuk kebakaran minyak, agen pemadaman yang lebih sesuai ialah buih (foam) atau debu kering (dry powder).

3.  Kebakaran kenderaan selalunya melibatkan minyak (petrol/ diesel / minyak hitam). Kebakaran kenderaan boleh dipadam dengan air namun kita perlukan kuantiti yang banyak untuk memadamkan kebakaran minyak. Selalunya apabila terjadi kebakaran kenderaan kita jauh daripada sumber air. Berikutan itu, cara yang terbaik untuk memadamkan api ini adalah menggunakan buih atapun debu kering. (Baca disini mengenai cara memilih jenis alat pemadam api) Debu kering diklasifikasikan sebagai alat pemadam api kelas A,B dan C.

4. Malangnya kenderaan2 di Malaysia jarang dilengkapi dengan alat pemadam api mudah alih (debu kering) ini. Di setengah-tengah negara alat pemudam api adalah salah satu kemestian sebagai sebahagian aksesori kereta. (baca keperluan-keperluan membawa kenderaan di Eropah disini.)

Saya merasakan kita hendalaklah melabur untuk membeli sebuah alat pemadam api mudah alih yang harganya teramat sangat murah untuk dibandingkan dengan nyawa seperti kes diatas dimana jika salah seorang mereka yang berada ditempat kejadian mempunyai alat pemadam api maka api tersebut dapat dikawal. Dalam kes ini, mereka telah cuba menggunakan air untuk memadamkan api tersebut dan seperti yang telah saya terangkan, kita memerlukan air yang banyak untuk memadamkan api ini.

Banyak juga kes-kes dimana kenderaan yang tidak terlibat dalam kemalangan namun disebabkan 'overheat' terbakar. Jika ini terjadi kepada kenderaan kita sendiri, sudah pasti alat pemadam api ini mampu selamatkan harta kita. Apalah nilai alat pemadam api ni jika hendak dibandingkan dengan harga kereta kita.

Beberapa fakta mengenai alat pemadam api mudah alih debu kering (ABC Powder)
1. Debu kering ini sesuai untuk digunakan untuk hampir semua jenis kebakaran (minyak, alat elektrik mahupun kayu)
2. Alat pemadam api ni terdapat dalam beberapa saiz. (biasanya 1kg, 3kg dan 9kg) Untuk kenderaan, saiz yang sesuai adalah 1kg.
3. Untuk kegunaan dirumah boleh digunakan saiz 3kg ataupun 9kg.
4. Debu kering tidak merbahaya jika terkena pada kulit (untuk kulit normal) namun berhati-hati supaya tidak terhidu dalam kuantiti yang banyak dan juga elakkan daripada termasuk kedalam mata.
5. Jika hendak beli alat ini, pastikan ianya adalah yang mendapat kelulusan daripada Bomba
6. Pastikan juga ianya mempunyai petunjuk tekanan supaya anda tahu samada ianya boleh digunakan atau tidak.

Kaedah penggunaan
1. Sila ikut arahan yang terdapat dalam label produk
2. Halakan hos / muncung pada sumber api iaitu dibawah nyalaan dan sembur. Tembak dan 'sway' muncung/ hos tersebut.
3. semasa sembur pastikan anda sembur searah dengan arah angin dan bukan bertentang. (untuk elakkan debu tersebut meniup kearah kita)
(watch the video here)


Dimana boleh saya dapatkan
1. Alat pemadam api ini boleh dibeli dari kedai-kedai yang menjual alat-alat keselamatan

2. Saya juga ada menjual alat pemadam api mudah ini dengan harga yang berpatutan.
Ciri-ciri produk
- Mempunyai kelulusan Bomba
- Mematuhi Standard Malaysia (Malaysian Standard)
- Mempunyai Kelulusan Sirim Malaysia
- Mempunyai petunjuk tekanan

Harga seunit PFE 1kg hanya RM65 sahaja (kos penghantaraan PERCUMA untuk semenanjung Malaysia) Jangan anggap ianya sebagai KOS, anggaplah ianya adalah sebagai satu PELABURAN. Pelaburan yang mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda, keluarga anda mahupun orang lain.

Untuk maklumat lanjut dan urusan pesanan sila hubungi saya di 019-5756400 atau email ke huzaifahm@yahoo.com. Bayaran boleh dilakukan melalui bank-in atau transfer ke akaun Bank Islam, Maybank atau Public Bank.


Kerajaan mengalakkan semua pemilik kenderaan untuk memiliki alat pemadam api mudah alih ini...baca disini.

"Don't let your dreams go up in smoke - practice fire safety"

1 comment:

Anonymous said...

Harga terus dari kilang……
ABC 1kg - RM65
ABC 2kg - RM75
ABC 6kg - RM110
ABC 9kg- RM125

Beli dua diskaun RM5

Free COD:
Isnin - Jumaat area Shah Alam
Sabtu dan Ahad area Sg Buloh

Item perlu pre order
Lebih dari 2 unit bayaran perlu bank in

Call/SMS: 0126931680

Klang Valley - COD RM10 ( Sabtu dan Ahad Sahaja )