Creating Wealth - Use your EPF savings to generate Money

Sunday, October 25, 2009

Business Know How

Saya terpanggil utk berkongsi pengalaman saya buat bisnes. Walaupun bisnes saya tu kecik je namun pengalaman atau pengajaran yg saya dapat boleh apply utk bisnes besar. Kebanyakan pengajaran ni dpt melalui kesalahan2 yang telah saya lakukan dan juga sedikit sebanyak drpd teori universiti. (MBA-USM)

Saya harap, pengajaran ini akan berguna utk rakan2 lain yang nak mulakan biz.

1. Business owner & business operator. Sebaik mungkin, kalau nak buka bisnes target kita sepatutnya utk jadi business owner dan bukan business operator. Kalau kita buka biz & kita jadi biz owner, biz itu patut bole operate profitably tanpa kita.

Kalau kita terpaksa operate biz tersebut, ada 2 syarat yg perlu kita ikut. Pertama, kita kena dibayar gaji utk time yg kita spent utk operate biz tersebut. Ini sebagai tambahan kepada keuntungan dihujung bulan/ tahun yg kita patut kita dpt drpd biz tersebut. Kedua, kita mesti ada perancangan jangka sederhana untuk kurangkan kebergantungan biz tersebut terhadap kita. Meaning to say, kita kena ubah dr biz operator kpd biz owner.

2. Pulangan. Return on investment (ROI). Berapa banyak pulangan/ return yang kita dpt utk satu tempoh utk duit yg kita laburkan dlm biz tersebut. Contoh mudah, kalau kita laburkan RM10k dlm ASB, dlm tempoh satu tahun kita anggarkan pulangan kita sebanyak 6% atau RM600.

Dalam biz, ROI adlh sangat mustahak kerana, projected ROI akan menentukan samada kita perlu buka/ teruskan biz tersebut. Kenapa? Kalau kita laburkan dalam satu biz RM10k. Pulangan drpd biz tersebut hanyak RM600 utk tempoh setahun. (Pulangan disini adalah untung bersih selepas tolak semua perbelanjaan dan ini termasuk gaji kita jika kita adlh biz operator) RM600 adlh 6% drpd pelaburan kita. Adakah berbaloi utk kita laburkan duit tersebut dlm biz & tanggung risiko untung rugi, spent banyak masa & tenaga, kerana daripada biz yg berikan hanya 6% untung baik kita laburkan duit tu dalam ASB atau unit trust yang boleh berikan pulangan yang hampir sama tanpa bebanan mental, tenaga dan masa.

Saya letakkan target minima utk ROI biz adalah 10%. Tidak kurang daripada 10%. Dan kalau kita buat biz dgn modal yang kita hutang dr bank atau mana2 institusi maka kita perlu juga pertimbangkan kadar faedah yang dikenakan. Jika kadar faedah setahun adalah 8% maka ROI kita sekurang-kurangnya kenalah 18%.

3. Yang ketiganya ialah tempoh pulangan. Ya, memang susah kita nk capai ROI yang tinggi dalam tahun pertama / kedua dalam biz kita namun kita hendaklah ada anggaran tempoh yang mana kita akan dpt ROI yang baik dan tempoh utk dpt semula semua modal yang kita dah laburkan. Utk biz kecil-kecilan (modal RM500k dan kebawah) 3-5 years adlh tempoh wajar utk dptkan semula modal pelaburan kita. Kalau lebih drpd tempoh tersebut maka risiko biz kita akan jadi tinggi. Apabila kita mulakan biz dgn strategi kita tidak bolehlari daripad membuat beberapa andaian atau anggapan terhadap pasaran. Perubahan suasana pasaran adalah amat pantas dan dalam tempoh 3-5 tahun berkemungkinan suasana pasaran boleh berubah sepenuhnya dan produk/ servis kita mungkin lagi tidak releven. Dan utk kita kekal releven, kita mungkin perlu tambah modal utk buat perubahan yg sewajarnya. Maka sudah tentu ROI kita akan menjadi rendah dan tempoh pulangan kita akan bertambah lagi.

Buat masa ni sy share dulu 3 point shj, mungkin kwn2 semua boleh beri input tambahan utk kita berbincang bersama utk 3 point ni dulu sebelum kita bawa topik2 lain.

No comments: