Creating Wealth - Use your EPF savings to generate Money

Sunday, June 22, 2008

Travelogue Haji

Sharing Means caring






Tempoh hari di Astro Oasis disiarkan Program Iktibar Dari Tanah Suci dimana disiarkan kisah seorang hamba Allah yang telah menulis sebuah buku travelog Haji sekembalinya beliau dari tanah suci. Pengalaman yang dicoretkan beliau dalam buku beliau telah menjadi iktibar dan pengajaran kepada ramai orang. Kisah beliau juga telah membuatkan saya rasa terpanggil juga untuk berkongsi pengalaman Haji saya.

InsyaAllah saya akan berkongsi pengalaman perjalanan ke tanah suci saya dalam blog saya dalam bentuk Travelblog.

Perjalanan ketanah suci adalah pengalaman seumur hidup yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.

Saya akan cuba catatkan setiap detik perjalanan untuk dikongsi dengan kalian.

Detik perjalanan saya bermula sejak awal tahun 2007 bilaman Tabung Haji (TH) menghantar surat tawaran untuk saya mengerjakan Haji untuk tahun 2007. Tawaran tahun ini adalah tawaran kali yang ketiga. Saya telah pun ditawarkan dalam Stand-By untuk dua tahun sebelum ini, namun saya terpaksa menolak kedua-dua tawaran sebelum itu atas alasan keluarga.

Namun pada tawaran kali ini, saya tidak memikir banyak untuk membuat keputusan mengerjakan Haji. Surat tawaran tersebut dihantar ke alamat kampung saya di Penang. Saya pada masa ini masih bertugas di Kapar, Klang. Dalam perjalanan pulang dari Penang ke Klang saya terus telefon TH. Saya maklumkan kepada mereka yang saya bertugas di Klang, dan saya mungkin tidak dapat hantar surat tersebut ke cawangan TH Penang. Saya dinasihatkan untuk menghantar surat tersebut di cawangan Klang.

Semasa perjalanan balik itu sendiri sebelum balik kerumah saya di Kapar, saya singgah sebentar di pejabat TH, Klang untuk menyerahkan borang penerimaan tawaran. Atas nasihat pegawai TH Klang, saya telah tukarkan pejabat pengurusan Haji saya dari Penang ke TH Klang dan juga alamat surat menyurat saya kerumah saya di Kapar. Dan ketika itu telah bermulalah perjalanan saya ke Tanah Suci.

Sampai ke hari ini, saya masih kurang pasti bagaimana saya membuat keputusan untuk menunaikan Haji. Saya telah berkahwin dan pada masa itu saya mempunyai seorang anak yang belum pun cukup satu tahun.

Mungkin inilah yang dinamakan "Seruan Ilahi". Maulana Zakaria Rah. A. dalam kitab karangannya "Fazilat Haji" menyebutkan bahawa semasa dialam roh, seruan labaik telah diserukan kepada setiap roh, maka roh-roh yang menyahut seruan tersebut dengan seruan labaik akan dapat mengejarkan haji sebanyak sahutan terhadap seruan tersebut.

Alhamdulillah, tiada perkataan yang cukup untuk mengambarkan kesyukuran ku terhadapNya.

bersambung...(Seterusnya Persiapan Rohani dalam menempuh perjalanan suci ini)
Travelogue Hajj

3 comments:

Anonymous said...

Masayaallah..semoga Allah pilih kami jua

Anonymous said...

Travelblog Haji memberikan motivasi utk kita pun mengerjakan Haji

Haji said...

Perjalanan suci digambarkan indah melalui travelblog